Jangan kita merasai sendirian dalam hidup ini,
Kerana setiap saat dan detik kita,
Ada yang menjaga,
Ada yang memerhati,
Ada yang mencatat,
Haruskah kita merasa sendiri,
Tahukah kita ada dua malaikat yang sentiasa bersama kita,
Ketika kita duduk ada malaikat yang duduk dikanan dan kiri kita,
Ketika kita berjalan ada malaikat berada didepan dan dibelakang kita,
Ketika kita tidur ada malaikat yang duduk dikepala dan dikaki kita,
Dan setiap saat dia bersama kita..
Jangan merasa sendirian dalam hidup,
Kerana lahirnya kita tidak sendirian,
Kita disambut dan diraikan kedatangan kita,
Kita tidak sendirian dalam hidup,
Allah hadirkan orang sekeliling yang baik kepada kita,
Allah hadirkan kawan-kawan yang baik untuk kita,
Kita tidak sendirian disaat kita merasa aku sendiri,
Allah itu maha Mengetahui walaupun kamu merintih tanpa airmata,
Allah itu Maha Mendengar walaupun kamu berbicara tanpa suara,
Disaat kamu merasa sendiri, Dia sentiasa menanti,
Dimanakah hambaku,
Yang datang padaku,
Mengadu dan meminta hanya padaKu,
Berharap dan bergantung hanya padaKu,
Mana hambaKu??
Tidakkah dia tahu, Aku yang menciptakannya,
Tidakkah dia tahu, Aku sentiasa dekat denganNya.
Tidakkah dia tahu, Aku lebih dekat dari urat lehernya,
Tidakkah dia tahu, Aku Maha Mendengar walaupun tanpa suara dan bicara,
Tidakkah dia tahu, Aku lebih mengetahui tentang dirinya lebih dari dia ketahui tentang dirinya sendiri,
Kenapa dia masih merasa sendirian dan tidak punya siapa-siapa sedangkan aku sentiasa menjaganya, bersamanya, memerhatikannya,
Siapa Aku pada diri hambaKu?
Apakah Aku tidak ada dalam hati hambaKu?
Apakah dia melupakanKu?
Mana hambaKu?
Kenapa dia tidak datang PadaKu,
Kenapa dia merintih kepada manusia, yang tidak tahu apa-apa,
Kenapa dia masih tetap merasa sendirian??
Wahai hambaKu kenapa kamu masih merasa sendirian sedangkan Aku sentiasa ada untukmu??
Wahai hambaku Aku tidak memberikan kamu ujian dalam hidup,
Melainkan kerana rasa kasih dan sayangku kepada kamu,
Untuk membawamu lebih dekat denganKu diaaat kamu semakin jauh dariKu,
Untuk mengingatkanmu tentangKu disaat kamu lupa dan alpa,
Kamu melupakanKu disaat senang dan bahagia,
Kamu datang padaKu disaat kamu sedih dan berduka,
Aku tetap menerima taubat dengan terbuka,
Wahai hambaKu,ketahuilah tidak berkurang sedikit pun kekuasaanKu disaat kamu menjauhkan diri dariKu,
Dan tidak bertambah sedikit pum kekuasaanKu disaat engkau mendekat padaKu,.
Tetapi kerana rasa cintaku kepadamu Aku memberikanmu sedikit ujian,
Untuk engkau kembali mendekat kepadaKu,
Kerana Rahmatku amat luas untukmu.
