Rata-rata pengguna Fb, twitter bila menjelang maulidurrasul ramai yang updates status sedemikian. Menaip saja tidak cukup, meluahkan saja tidak cukup sekiranya semua itu tidak dari hati yang benar tulus cinta kepada Baginda Nabi S.A.W.
Kenapa?
Persoalan saya timbul sejauh mana kita mencintai baginda, menghargai segala pengorbanan Baginda sekiranya nama Baginda pun kita lupa. Sejauh mana cinta kita? Adakah ia hanya ungkapan lidah dan bibir yang tidak bertulang. Kita perlu tanya hati kita, benarkah kenyataan aku mencintai Rasulullah dengan setulusnya itu datang dari hati?
Saya tidak menafikan mungkin ada sekelumit cinta dalam hati kita untuk Baginda, tapi tidak sebesar cinta kita pada manusia.
Saya pasti dan sangat yakin ramai dalam kalangan kita bila mati nanti akan mengharapkan syafaat dari Nabi S.A.W. di padang masyar kelak, mengidam supaya dapat minum dari telaga kaustar Baginda.
Tetapi malangnya dalam kehidupan kita seharian kita lupa untuk selawat pada Nabi.
Kita lupa untuk mengamalkan sunnah baginda.
Kalau kita kata dalam solat kita ada selawat pada Nabi S.A.W. Persoalan saya “berapa minitkah kita selawat pada Nabi berbanding 24 jam yang Allah kurniakan pada kita?”
Sedangkan kita boleh selawat pada Nabi dalam keadaan apa sekalipun sama ada duduk, berdiri, baring, tengah memandu dan sebagainya.
Kadang selawat kita tidak sampai ke lubuk hati pun, dia hanya dibibir tidak melepasi kerongkong kita pun. Kita tidak selawat dengan menghayati segala pengorbanan Baginda, bagaimana susahnya Baginda berjuang supaya islam itu sampai kepada kita. Kita kadang tidak merasai dan menjiwai setiap pengorbanan Baginda. Baginda dihembur dengan cacian dan makian sampai satu tahap keluarga baginda pulau luka badan Baginda S.A.W..Tetapi kita pada hari ini dengan senang hati melupakan Baginda. Kita melebihkan cinta manusia.
Hari ini kita lebih mengagumi artis-artis luar negara, bahkan ada yang kenal artis lebih dari kenal Baginda S.A.W..
Kita boleh tanya anak muda hari ini, berapa ramai yang boleh ingat nama Nabi Muhammad S.A.W?
Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim bin ‘Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murra bin Ka’b bin Lo’I bin Ghalib bin Fahr bin Kinana bin Khuzaiman bin Mudrikah bin Elias bin Mudar bin Nizar bin Ma’ad bin Adnan.
Itu baru nama baginda, tidak lagi tentang sirah pejuangan Nabi Muhammad S.A.W..
Boleh dikatakan tidak ramai yang menelusuri sejarah perjuang seorang yang paling agung ini.
Tapi kita tanpa rasa malu dan segan mengharapkan syafaat dan pertolongan Baginda.
Layakkah kita?
Layakkah kita?